Thursday, 1 November 2012

Detik2 akhir Kewafatan Rasulullah s.a.w. :')



Maka Diriwayatkan: bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta baginda, dan unta baginda pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:  "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah  s.a.w. mengumpulkan para sahabat baginda, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil
berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma."

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, beliau tidak dapat menahan kesedihannya. Beliau kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa
gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah! yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan
kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka turut menangis. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, lalu mereka memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar  keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas baginda menuju ke rumah Abu Bakar r.a.

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat.
Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., beliau pun menangis sekuat tenaganya sehingga beliau jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain turut menangis. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. menjalani hidup selepas turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada yang mengatakan 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang mengatakan hayat baginda selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

Pada saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., baginda menyuruh Bilal azan untuk mengerjakan shalat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Ansar di masjid Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan  shalat dua raka'at bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan shalat
baginda bangun dan naik ke atas mimbar dan bersabda:  "Alhamdulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua
seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."

Rasulullah s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu saya tidak mahu mengemukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium paha anda, tetapi anda telah mengambil  tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu
saya pun anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.! : "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata: "Rasulullah telah
menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

Setelah Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat baginda."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah. r.a.
lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.? "Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a. sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah! s.a.w.

Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka baginda pun menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata
Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera baginda berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah,bukankah kamu tidak tahu bahawa ! kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w.
"Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium baginda dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari
neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu ! hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."

Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata: "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah
s.a.w. di dalam syurga."

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka baginda pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan baginda berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t dan, mentaati segala perintahNya. Sesungguhnya hari perpisahan antara
saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong
keduanya. Setelah itu kamu kapanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku
ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat
Mikail, dan yang akhir  sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-ramai bershalat ke atasku."

Sebaik sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan kepada kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?."

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pengajaran dari mati."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin sakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesai azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.  Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaamualaika ya Rasulullah."  Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan baginda." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a.  maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a.itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata; "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya sakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah
dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan diatas kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan
kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka baginda pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda: "Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan
dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah baginda. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail:
"Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

Sebaik sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam: "Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?" Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."

Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa
anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya merasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah; "Tidak ayah." ! Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila Rasullullah s.a.w. mendengar tangisan Fatimah r.a. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah."
Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut
rohku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak  izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."

Tidak beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang  menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."

Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t.telah berfirman yang bermaksud:  "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."

Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata baginda itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata:
"Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada baginda telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan
apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir baginda sebanyak tiga kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengar Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, Umatku, Umatku."


Demikianlah detik-detik terakhir hayat baginda Rasulullah s.a.w.  Semoga kita memperoleh pengajaran dari nukilan di atas. insya-Allah.. :')


 







 Marilah kita memperbanyakkan berselawat keatas nabi.
Smoge kita 
memperolehi darjat yang tinggi dan
bertemankan Rasulullah
s.a.w. di dalam syurga." Insya-Allah. :')

Saturday, 14 July 2012

Belajarlah Mensyukuri Nikmat... ^_^!"


Assalamualaikum.
Buat sahabat2ku sekalian...
CUbe luangkan beberapa minit utk sdkit perkongsian ini.... ^_^!"

Hurmm...
pena trpikir ta kita?
Kadang2... dalam kita ta seda... kita susa na mensyukuri dgn nikmat yg dikurniakan oleh Illahi pada kita...
kadang2 dalam kita ta seda juga... kita byk mengeluh dgn sdkit ujian yg Allah berikan pada kita.


Tapii....
cube korg perhatikan gamba nie..
cube kita renungkan sejenak...
cube kita bayangkan jika kita berada di tmpt mereka?
sanggupkah kita? sanggupkah kita na menghadapi smua itu?
cube kita imbas kembali.... dalam kita sedar dan ta sedar....
kita tinggal di negara yg bertuah nie. yang serba moden dan teknologi yg canggih,
Di Malaysia ...pakaian, makan, minum smua ckup. andai suda bosan dgn pakaian yg same kita bole beli baru.andai suda bosan dgn menu harian kita. kita bole beli dikedai atau mencuba resipi trbaru.
tapi? tapi... kita mesti tatau an..bagaimana dgn nasib diorg?. diorg kat sane. ingn mndapatkan sesuap nasi pown anye dgn meminta belas kasihan dari org laen..inikan pula ingn mendapatkan pakaian? bagaimana hidup mereka????

Cubelah kita pahami bagaimana yg diorg rasekan...
time tue barulah kita tau erti bersyukur dan time tue jugak barulah kita tau dimana nikmat sebenar yg selama ini sukar kita perolehi... Dan jika benar kita dalaminya. disitu barulah kita ketahui dimana terletaknya keimanan kita sbenar. =)

Renungkan2...Smoge perkongsian ini bermanfaat...^_^!"
Belajarlah mensyukuri dengan nikmat kurniaan Allah trhadap kita...
Sebelum smua nikmat itu ditarik balik...

Selamat menanti ketibaan Bulan yg sgt mulia...
Bulan Ramadhan Al-mubarak... penghulu segala bulan...
Dimana terdapat satu malam didalam bulan trsebut bersamaan dgn seribu bulan...
Insya-Allah smge kita dapat bersama2 bertemu dgn malam tersbut...
Smoge selepas ini kita lebih ikhlas dan tawaduq dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t..
Amin....Mudah-mudahan... ^_^!"

Saturday, 17 March 2012

Aku Redha dan Mengikhlaskan Semua Ini Terjadi... ^_^!"

Salam Fillah yea sahabat... 


I hopes all of u in the best condition... ^_^!"







Hurm, maaf kali nie sye tade pembuka bicara,
tapi, sye ingn strait to the point. smua nie trjadi ad sebb...
bkn sbb sye bersedih mahupun kecewa...

just ingn meluahkan sdkit rase yg trpendam... 


Bermulanya tanggal 15 march 2012..
SYe da kembali sprti sediakala,
tanpa teman dikala sunyi, tiada teman dikala memerlukan...
tapi itu smua ta menjadi masalah tok sye.. sye akn cube kuat tok hadapi smua nie...
sye takan kalah dalam pekra remeh spt nie...
sye gak akn buktikan at awk bhwa sye bole hidup tanpa

awk,
awk walaupown sekuat mane kita merancang,
walau setinggi mane sye setia at awk,
tapi lau awk bukan trcipta tok sye...
tade gune smua nie awk...

Sesungguhnye sye redha ngn ketentuan illahi, sye percaya smua ini berlaku ad hikmahnye...
Dan sesungguhnya perancangan Allah s.w.t tok kita  adlah yg trbaik dari yg trbaik...
Kali nie juga sye redha dan mengikhlaskan dgn smua yg berlaku...
walaupown berat tok sye melupakn awk, tapi sye akn cube sedaya upaya awk...

At sini sye ta kesah siapa yg salah dan siapa yg betol mngkin tade jodoh antara kita...
walaupown selama 1 tahun lebih sye menunggu dan menyayangi awk, dan awklah merupakn org yg telah membuka pintu aty sye smula diwaktu itu akn tetapi,
akhirnye sye menyedari bhawa sye perlu melepaskan awk pergi...

smua ini berlaku tiada sbbnye
tetapi  mngkin Allah da menetapkan bhwa awk bkn tok sye...
tapi lau kita mmg ditakdirkan bersama, percayalah awk bahawa satu ary nnty kita pasti akn bertemu... 



My last word from me to u is...
Sye arap awk berjmpe ngn Yg lebih baek dari sye,mngkin sye bknlah yg trbaik tok awk,
SYe gak arap awk sukses dlm smua pkare yg awk wat now n forever,dan
sye berharap  awk berbahagia bersama family awk yg trsyg..

.
#Sye Gak percaya bahawa  Cinta ta seharusnya Dimiliki or Memiliki...
But i will keep All of our story till end of my life dear...
Trust me, no one can make me love like u do to me but i know that`s Allah will present the person better than you to me... ^_^!"
That`s My Janji....















    Sekian dari sye...
    Hamba Allah yg serba kekurangan,
    Dan ta pena lari dari melakukan kekhilafan.

salam :')

Sunday, 5 February 2012

Seandainya Kalian Dpt Bertemu dgn Rasulullah Apakah Yg Akn Kalian Ucpkan Kpd Beliau...^_^!"







Assalamualaikum...w.b.r.k.t
Wahai Ummat2 Nabi Di akhir zaman ini...
Pertama sekali .... Marilah kita bersama2 Panjatkan ksyukuran kpd Allah s.w.t
krana masih diberi kpd kita ksmpatan utk mnghirup udara yg segar di ats muka bumi yg sgt bertuah ini...
sedarkah akn kita..
udara ini  mrupakan sesuatu  nikmat yg sgt berharga, tanpa kita sedari dan tanpa perlu kite membyarnya...
Bserta itu, marilah kita bersama-sama...berselawat keatas junjungan besar, kita Nabi Muhammad s.a.w...
Nabi yg sgt2 kita agung2kan dan yg sgt kita sayangi...
sifat terpuji beliau yg tiada siapa dapat menandinginya....
Persoalan yg bermain dfikiran sye ini...
masih adakah perasaan cinta kita akn rasulullah?
Sygkah kita keats nabi yg sngt menyayangi kita diumat akhir zaman ini?
Sgt mnyedihkan apabila dprd sebahagian umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi "St valentino" dan lebih mngingati biodata  para artis drpd kelahiran dan biodata Rasulullah s.a.w....
beginikan kecintaan kita kpd seorang kekasih dan utusan Allah s.w.t?
Sye berasa sgt brtanggungjawab utk berkongsi kpd kalian smua ttg biodata beliau...
sbb sye brfkir berkemungkinan ad didlm kalangan kalian smua yg masih tdk mengetahui akn ttngnye..
marilah kita bersama2 membacanya dan sye arapkan ia dpt mjadi perkongsian bersama yg sgt berguna wat kita smua kini dan selama2nya...^_^!"....













Biodata Rasulullah s.a.w

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.





Bgitulah sedikit sbyk Biodata Rasulullah s.a.w yg tlah sye jmpai didalam satu artikal di fb yg sye dpt kongsikan bersama kalian smua...
sye arap kalian smua sedar akn jasa dan pengorbanannye trhdp umat yg dicintainya...^_^!"

Berbalik smula sye kpd tajuk diats...
"seandainya kalian dpt bertemu dgn Rasulullah s.a.w apkah yg akn kalian ucapkan kpd baginda?"
sye sungguh trpegun dan seluruh jiwa sye berasakan trpaku dan bulu2 roma sye naik meninggi serta sedikit ase kesedihan dan keinsafan ats rindu akan Rasulullah s.a.w, dalam dri sye apabila sye trdengar akn ucapan itu
walaupun tdk pernah bersua muke, namun itu smua tdk mnjadi penghalang bagi perasaan cinta sye akan baginda Rasulullah s.a.w yg begitu tinggi dlm dri sye.....
Sye sungguh tertarik dan tdk mnyangka tontonan rancangan  Ustaz Don baru2 ini ianya mmberikan seribu keinsafan keats dri sye...
Sye menyedari Bhw Pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w keats umatnye begitu tinggi...
shinggakan sewaktu beliau ingn mnghembuskan nafasnye yg trakhir ....
masih sempat beliau mnyebutkan
"ummati"... "ummati"..."Ummati"
yg bermaksud... "umatku"... "umatku"... "umatku"
Ya Allah... Sungguh besar perasaan cinta Rasulullah keats umatnye.....
shinggakan saat terakhir baginda Rasulullah ingn bertarung dgn ajal masih sempat mengingati hambanya yg mngkin begitu cpt melupakannya....
Sesungguhnya... begitu byk dan besar pengorbanan dan kecintaan Rasulullah s.a.w keats kita smua ...
Umat2nya yg beliau sygi...
Wahai umat2 Nabi Muhammad s.a.w... Bersempena Sambutan Maulidur Rasul ini bagi meraikan kelahiran Rasulullah s.a.w...
Marilah kita bersama2 mmperbnykkan amalan zikir dan berselawat keats baginda Rasulullah s.a.w....
ckuplah dgn berselawat keats Rasulullah s.a.w scara berterusan bagi mmperingati Baginda supaya kita tdk melupakannya......^_^!"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"barangsiapa yg berselawat keatsku 1 kali...
maka akan ku selawatkan keatsnye 10 kali..."
Subhanallah... begitu mudah utk kita mmperolehi ganjaran daripadanya...
Tapi adakah kita smua sedar akn smua itu dan adakah kita lakukannye? sedar atau tdk...
Marilah kita bersama2 bermuhasabah dri...


Maafkan andai sdkit bicara dari yg tlah dcoretkan didinding blog ini trdpat sbarang kekhilafan..
arap diprbtulkan... marilah kita bersama2 memprtggkatkan amalan dan takwa kepada Allah s.w.t...
Semoge Sekelumit iman yg ad dlm dri kita, dpt kita pertingkatkan bersama....
Sesungguhnya Yg baek itu dtg Dari Allah s.w.t..
dan segala kekurangan itu dtgnye dari kelemahan sye sendiri...
Smoge Allah mmberikan petunjuk dan hidayah keats kita smua... dan semoge kita dtmpatkan dikalangan org2 yg beriman...
amin2 ya rabbal alamin... mudah2an... =)

sekian saja dari saye...
sye akhiri dgn ucapan Assalamualaikum w.b.r..k.t... n_n
Marilah kita bersama Hayati dan saling ingt memperingati sesama kita
smoge kita beroleh manfaat didunia mahupun akhirat..mudah2an.... ^_^!"